Penyampaian sumbangan hasil jualan pakaian, peralatan rumah, buku, kasut dan lain-lain melalui Program Jumble Sale anjuran Puteri UMNO cawangan Keramat jaya bersama Gerakwanis Belia 4B (M) Caw. Keramat Jaya. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang kurang mampu di dalam kawasan perumahan kami. Hasil dari maklumat Biro Kebajikan Belia 4BKeramat Jaya dari Puan Norhasyimah Daud telah mengenal pasti 14keluarga yang amat memerlukan bantuan seperti keperluan asas dan lampin pakai buang untuk orang tua yang telah uzur.Kami juga akan meneruskan mengumpul dana untuk membantu beberapa keluarga yang belum mendapat sumbangan. InsyaAllah.
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka." (Ar Ra'd: 11)