Isnin, 15 Disember 2008

desa wawasan rakan muda

PROGRAM RAKAN MUDA WAWASAN DESA PERINGKAT TITIWANGSA
Persatuan Penduduk Sri Perlis 2 , Rukun Tetangga Sri Perlis 2, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa, Majlis Belia Kawasan Titiwangsa,Belia 4B Cawangan Keramat Jaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengadakan Program Rakan Muda Wawasan Desa 2008 Peringkat Kawasan Parlimen Titiwangsa .

Butiran program seperti berikut :-

Tarikh : 23 Ogos 2008 ( Sabtu )

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 malam

Tempat : Gelanggang Permainan dan Sekitar Perumahan Awam Sri Perlis 2,
Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur.
Program ini berkonsepkan Keluarga angkat dan Khidmat Masyarakat yang menglibatkan peserta Rakan Muda dari sekitar Parlimen Titiwangsa bersama Penduduk Perumahan Awam Sri Perlis 2. Dianggarkan seramai 300 orang penghuni dan peserta Rakan Muda yang akan terlibat mengambil bahagian di dalam program tersebut seperti bergotong-royong membersihkan sekitar kawasan Dewan Komuniti warga emas, bilik mandi jenazah surau Al- Ikhlasiah Keramat Jaya, memasak makan tengahari bersama, membina mercu tanda program, Pameran dari agensi kerajaan ,pertandingan sukaneka antara peserta Rakan Muda dan Penduduk, Malam Perasmian Penutup dan Persembahan kebudayaan Dikir Barat.

Hakcipta Terpelihara (c) Keramat Jaya

Hak cipta blog Keramat Jaya ini dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan 4B Keramat jaya kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian blog ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada 4B Keramat Jaya.