Khamis, 29 Oktober 2009

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KE 10

Pada 28 Oktober 2009 di Dewan Kelab Warga Emas, Badan Kebajikan Keluarga Penghuni Rumahpangsa Keramat Jaya telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke 10.

PERTANDINGAN FUTSAL PIALA REVIVE



Pasukan Pemuda Keramat Jaya mengambil bahagian didalam pertandingan Futsal Piala Revive di Sport Planet Ampang.Pertandingan ini telah diadakan pada 25 Oktober 2009, sebanyak 64 pasukan turut beradu nasib mengejar kejohanan tersebut. Pasukan Pemuda Keramat jaya yang diurus oleh saudara Zaharudin Shahid cuba memberi keyakinan dan memgembalikan kecemerlangan Pasukan Pemuda Keramat jaya .

Isnin, 19 Oktober 2009

SUASANA MESRA HARI RAYA


17 OKTOBER 2009 Selasa- Perumahan Awam sri Perlis 2 Keramat Jaya telah berjaya menyatukan pelbagai pertubuhan iaitu Kelab Warga Emas Sri Perlis 2,Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga, Badan Kebajikan, Belia 4B Keramat Jaya, Majlis Belia Kawasan Titiwangsa dan Dewan Bandararaya Kuala Lumpur dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya 1430 H pada 17 Oktober 2009 Sabtu di Padang permainan Blok A dan D , Perumahan Awam Sri Perlis 2 Keramat Jaya. Hampir lebih 500 orang hadirin yang terdiri daripada penghuni dan jemputan luar hadir bagi memeriahkan suasana tersebut. Wakil Pengarah Jabatan Perpaduan,Pegawai dari Jabatan Pembangunan Ekonomi dan Sosial DBKL, AJK Majlis Belia Kawasan Titiwangsa, turuh hadir.Paling istimewa tetamu khas YBhg. Dato' Johari Abdul Ghani, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa telah menyerikan lagi suasana tersebut.

Isnin, 12 Oktober 2009

STATUS PENJUALAN RUMAH PERUMAHAN AWAM

Sabtu, 3 Oktober 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



Di kesempatan ini kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam di Perumahan Awam Sri Perlis 2 ini.

Bersamalah kita raikan perayaan ini dengan penuh keinsafan di samping keluarga yang tersayang. Kepada yang memandu, berhati-hati di jalan raya bila pulang kekampung. Pandulah dengan selamat dan ingatlah orang yang tersayang.
Selamat bercuti!

Jumaat, 28 Ogos 2009


SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 52 kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga kepada semua ahli Belia 4B Keramat Jaya.



Ahad, 2 Ogos 2009

Program Santai D' Ahad


Jumaat, 17 Julai 2009

bengkel KAJIAN PENGURUSAN PERSATUAN BELIA



Rabu, 1 Julai 2009

Kursus Peningkatan Profesionaliesme Persatuan Belia




Kursus Peningkatan Profesionaliesme persatuan Belia Kawasan Titiwangsa di Pines Resort Fraser Hill,Pahang Darul Makmur pada 26,27,28 Jun 2009.

Selasa, 9 Jun 2009

HARI KEPUTERAAN SPBYDP AGONG

Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah merupakan Sultan Negeri Terengganu yang ke 16 sebelum ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 13 Disember 2006.
Baginda Tuanku Mizan telah dilahirkan pada 22 Januari 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu Darul Iman. Baginda merupakan putera sulung kepada Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bersama Sharifa Nong Fatima.
Tuanku Mizan Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Seterusnya baginda melanjutkan pelajarannya di Geelong Grammar School di Geelong, Australia. Pada tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di U.S. International University-Europe di London dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera di International Relationships pada 9 Jun 1988.
Baginda kemudiannya telah melibatkan diri dengan kursus ketenteraan PRE SMC (E) 33 di Army School of Languages daripada 2 November 1982 hingga 31 Mei 1983 dan kemudiannya menghadiri kursus ketenteraan SMC 33 di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst di England daripada 3 Mei 1983, menghabiskan kursus Pegawai Kadet pada 9 Disember 1983. Baginda telah ditauliahkan dengan pangkat Leftenen pada 1 Mac 1984 dan telah berkhidmat di dalam Pasukan Askar Berkuda DiRaja.
Baginda Tuanku Mizan telah ditabalkan sebagai Putera Mahkota Negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979 dan kemudiannya pemangku Sultan Terengganu daripada 20 Oktober hingga 8 November 1990.
Baginda berkahwin dengan Sultanah Nur Zahirah pada 28 Mac 1996 dan dikurniakan 2 putera serta 2 puteri berumur diantara 7 hingga 13 tahun.
Baginda merupakan Sultan Melayu termuda apabila menaiki takhta kerajaan Negeri Terengganu pada 15 Mei 1998 setelah kemangkatan ayahanda baginda. Baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Terengganu pada 4 Mac 1999.
Pada 26 April 1999 baginda telah dilantik sebagai Timbalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 11 Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan memangku jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berikutan kemangkatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 21 November 2001.
Baginda sekali lagi dilantik sebagai Timbalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2001 kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 12 iaitu Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Pada 3 November 2006 Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 13 mulai 13 Disember 2006 semasa berumur 44 tahun.
~ DAULAT TUANKU ~

Rabu, 27 Mei 2009

PROGRAM KHEMAH KERJA-GENERASI BEBAS JENAYAH

Dijemput semua Belia dan remaja ke Program Khemah Kerja-Generasi bebas Jenayah anjuran GPMS Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 29 hingga 31 Mei 2009.Bertempat di Kem Dusun Saujana Gombak.
Borang Penyertaan boleh diperolehi dari Biro Program & Latihan Belia 4B Keramat Jaya

TAKLIMAT GERAN SMIDEC

Satu taklimat mengenai geran SMIDEC yang akan diadakan pada 29 Mei 2009 jam 8.00 malam di Bilik Pandan , Komplek Belia dan Sukan Kampung Pandan Kuala Lumpur. Anjuran Pertubuhan Usahawan Belia Kuala Lumpur. Semua usahawan dijemput hadir.

Sumber-Biro Ekonomi Belia 4B Keramat Jaya

Isnin, 25 Mei 2009

PROGRAM JEJAK WARISAN MASJID KUALA LUMPUR



Pengisian Program iaitu :- Majlis Perasmian Program pada sebelah pagi dan disusuli Lawatan KeMusiam kesenian Islam dan Lawatan Ke masjid sekitar Kuala Lumpur.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Warisan Negara,Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan MALAYSIA.

Let's Talk : 1Ringgit 1Hour





Untuk maklumat anda.


Maklumat ini adalah hanya untuk
ahli-ahli 4B Keramat Jaya sahaja.

Sila rujuk dengan Ketua Belia 4B Keramat Jaya jika terdapat sebarang keraguan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada pihak yang cuba ingin mempergunakan 4B KERAMAT JAYA tanpa kebenaran kami.

Dasar Privasi
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari blog 4B Keramat Jaya kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam Blog ini.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.


Hak cipta Blog Keramat Jaya ini dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan 4B Keramat jaya kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian blog ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada 4B Keramat Jaya.



Rabu, 20 Mei 2009

UMNO Keramat Jaya perihatin

Penyampaian sumbangan hasil jualan pakaian, peralatan rumah, buku, kasut dan lain-lain melalui Program Jumble Sale anjuran Puteri UMNO cawangan Keramat jaya bersama Gerakwanis Belia 4B (M) Caw. Keramat Jaya. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang kurang mampu di dalam kawasan perumahan kami. Hasil dari maklumat Biro Kebajikan Belia 4BKeramat Jaya dari Puan Norhasyimah Daud telah mengenal pasti 14keluarga yang amat memerlukan bantuan seperti keperluan asas dan lampin pakai buang untuk orang tua yang telah uzur.Kami juga akan meneruskan mengumpul dana untuk membantu beberapa keluarga yang belum mendapat sumbangan. InsyaAllah.



"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka." (Ar Ra'd: 11)

PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA (ARP)

Seramai 6 orang Remaja dari Belia 4B Keramat Jaya telah menyertai Program Anugerah Remaja Perdana (ARP) Kategori Fizikal Rekreasi bertempat di D'Congkak Forest, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

Program berbentuk perkhemahan telah diadakan pada 16 dan 17 Mei 2009 yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa.

Mesyuarat Umno 4 Peringkat Cawangan Keramat Jaya



Pada 6 Mei 2009, UMNO Cawangan Keramat Jaya telah mengadakan Mesyuarat 4 Peringkat di Pejabat Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Perlis 2.Kehadiran terdiri daripada 3 sayap iaitu Wanita, Pemuda, Puteri dan Cawangan sendiri.

Rabu, 22 April 2009

TEAM BOLA JARING




Kelab Bola Jaring 4B Keramat jaya telah diujudkan oleh Belia 4B Keramat Jaya. Tujuannya adalah untuk memberi pengisian fizikal sukan sihat serta mencari dan mencungkil bakat dari kalangan Belia Keramat Jaya atau Remaja yang berminat.Latihan dibuat 2 kali seminggu di gelanggang Permainan Perumahan Awam Sri Perlis 2.

Sabtu, 18 April 2009


Selasa, 27 Januari 2009

Gerhana Matahari

Pemandangan di Kuala Lumpur.

Gambar di ambil ketika jam 5.51 petang pada 26 Januari 2009 di Keramat Jaya.

Pemandangan di dalam Blok.
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.
Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.
Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

Pada 26 Januari 2009 berlaku lagi kekuasaan Allah pada alam ini iaitu fenomena Gerhana Matahari. Waktu berlaku pada waktu 16:20 waktu Malaysia dan berakhir dijangka 19:00. Adalah sebaik-baiknya memulakan solat gerhana matahari berjemaah di surau atau masjid di tempat anda kerana dapat mendengar khutbah yang bakal dibacakan oleh khatib. Hukum khutbah dan solat gerhana adalah sunat muakad(yang dituntut) , jadi meninggalkannya hukumnya makruh(dibenci) tanpa uzur syari'e.

Sabtu, 3 Januari 2009

Renungan

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka." (Ar Ra'd: 11)

desa wawasan











Hakcipta Terpelihara (c) Keramat Jaya

Hak cipta blog Keramat Jaya ini dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan 4B Keramat jaya kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian blog ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada 4B Keramat Jaya.