Sabtu, 9 Januari 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PAKAIAN SEKOLAH

Khamis, 29 Oktober 2009

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KE 10

Pada 28 Oktober 2009 di Dewan Kelab Warga Emas, Badan Kebajikan Keluarga Penghuni Rumahpangsa Keramat Jaya telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke 10.

PERTANDINGAN FUTSAL PIALA REVIVE



Pasukan Pemuda Keramat Jaya mengambil bahagian didalam pertandingan Futsal Piala Revive di Sport Planet Ampang.Pertandingan ini telah diadakan pada 25 Oktober 2009, sebanyak 64 pasukan turut beradu nasib mengejar kejohanan tersebut. Pasukan Pemuda Keramat jaya yang diurus oleh saudara Zaharudin Shahid cuba memberi keyakinan dan memgembalikan kecemerlangan Pasukan Pemuda Keramat jaya .

Isnin, 19 Oktober 2009

SUASANA MESRA HARI RAYA


17 OKTOBER 2009 Selasa- Perumahan Awam sri Perlis 2 Keramat Jaya telah berjaya menyatukan pelbagai pertubuhan iaitu Kelab Warga Emas Sri Perlis 2,Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga, Badan Kebajikan, Belia 4B Keramat Jaya, Majlis Belia Kawasan Titiwangsa dan Dewan Bandararaya Kuala Lumpur dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya 1430 H pada 17 Oktober 2009 Sabtu di Padang permainan Blok A dan D , Perumahan Awam Sri Perlis 2 Keramat Jaya. Hampir lebih 500 orang hadirin yang terdiri daripada penghuni dan jemputan luar hadir bagi memeriahkan suasana tersebut. Wakil Pengarah Jabatan Perpaduan,Pegawai dari Jabatan Pembangunan Ekonomi dan Sosial DBKL, AJK Majlis Belia Kawasan Titiwangsa, turuh hadir.Paling istimewa tetamu khas YBhg. Dato' Johari Abdul Ghani, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa telah menyerikan lagi suasana tersebut.

Isnin, 12 Oktober 2009

STATUS PENJUALAN RUMAH PERUMAHAN AWAM

Hakcipta Terpelihara (c) Keramat Jaya

Hak cipta blog Keramat Jaya ini dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan 4B Keramat jaya kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian blog ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada 4B Keramat Jaya.