Khamis, 29 Oktober 2009
MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KE 10
PERTANDINGAN FUTSAL PIALA REVIVE
Pasukan Pemuda Keramat Jaya mengambil bahagian didalam pertandingan Futsal Piala Revive di Sport Planet Ampang.Pertandingan ini telah diadakan pada 25 Oktober 2009, sebanyak 64 pasukan turut beradu nasib mengejar kejohanan tersebut. Pasukan Pemuda Keramat jaya yang diurus oleh saudara Zaharudin Shahid cuba memberi keyakinan dan memgembalikan kecemerlangan Pasukan Pemuda Keramat jaya .
Isnin, 19 Oktober 2009
SUASANA MESRA HARI RAYA
Isnin, 12 Oktober 2009
Sabtu, 3 Oktober 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhI5O2vLZ0BdTJOhJhIxyF3Sjjg1VHTcpYVlfUhX1HmIaqqyuytHK1n5OrulWTjsiNIRp_INRcDIytgX5YxeXhiKiPRtf1AX01myEfgR3FwUPD4MI49pW-WWxtgQ4MNFbiu043BhxgUbPzD/s200/greeting+raya.jpg)
Bersamalah kita raikan perayaan ini dengan penuh keinsafan di samping keluarga yang tersayang. Kepada yang memandu, berhati-hati di jalan raya bila pulang kekampung. Pandulah dengan selamat dan ingatlah orang yang tersayang.
Selamat bercuti!
Jumaat, 28 Ogos 2009
Ahad, 2 Ogos 2009
Jumaat, 17 Julai 2009
Rabu, 1 Julai 2009
Selasa, 9 Jun 2009
HARI KEPUTERAAN SPBYDP AGONG
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5gTi0Cysnfw58VwjU5knIAi-OFQE5Cf_ojNaVvx4KHCbDQ-fZLIAQOO7pamhmLVhJR1omXdmweCmU3PQBTPlsp9EB4n77rikxwHNJP5RrPjFA3Z5vtCiV4ZgVG4siHohF6469Bf930uEX/s400/SPB_1.jpg)
Baginda Tuanku Mizan telah dilahirkan pada 22 Januari 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu Darul Iman. Baginda merupakan putera sulung kepada Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bersama Sharifa Nong Fatima.
Tuanku Mizan Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Seterusnya baginda melanjutkan pelajarannya di Geelong Grammar School di Geelong, Australia. Pada tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di U.S. International University-Europe di London dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera di International Relationships pada 9 Jun 1988.
Baginda kemudiannya telah melibatkan diri dengan kursus ketenteraan PRE SMC (E) 33 di Army School of Languages daripada 2 November 1982 hingga 31 Mei 1983 dan kemudiannya menghadiri kursus ketenteraan SMC 33 di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst di England daripada 3 Mei 1983, menghabiskan kursus Pegawai Kadet pada 9 Disember 1983. Baginda telah ditauliahkan dengan pangkat Leftenen pada 1 Mac 1984 dan telah berkhidmat di dalam Pasukan Askar Berkuda DiRaja.
Baginda Tuanku Mizan telah ditabalkan sebagai Putera Mahkota Negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979 dan kemudiannya pemangku Sultan Terengganu daripada 20 Oktober hingga 8 November 1990.
Baginda berkahwin dengan Sultanah Nur Zahirah pada 28 Mac 1996 dan dikurniakan 2 putera serta 2 puteri berumur diantara 7 hingga 13 tahun.
Baginda merupakan Sultan Melayu termuda apabila menaiki takhta kerajaan Negeri Terengganu pada 15 Mei 1998 setelah kemangkatan ayahanda baginda. Baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Terengganu pada 4 Mac 1999.
Pada 26 April 1999 baginda telah dilantik sebagai Timbalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 11 Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan memangku jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berikutan kemangkatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 21 November 2001.
Baginda sekali lagi dilantik sebagai Timbalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2001 kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 12 iaitu Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Pada 3 November 2006 Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 13 mulai 13 Disember 2006 semasa berumur 44 tahun.
~ DAULAT TUANKU ~
Rabu, 27 Mei 2009
PROGRAM KHEMAH KERJA-GENERASI BEBAS JENAYAH
Borang Penyertaan boleh diperolehi dari Biro Program & Latihan Belia 4B Keramat Jaya
TAKLIMAT GERAN SMIDEC
Sumber-Biro Ekonomi Belia 4B Keramat Jaya
Isnin, 25 Mei 2009
PROGRAM JEJAK WARISAN MASJID KUALA LUMPUR
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8cmhbi8VmGBJh5D-g4J9OE3q15ICYKf6tIX18AP2Ld5xQaRx-OSEX1WRJzqfG3-y69ogb-n_dnYV3gRWy3L0DyMcfjPoJJQq3kEvY9JcBoG0JWyeaEJt-wLz9NGYj3_ouL11Oa5DlTgbJ/s400/latest+134.jpg)
Pengisian Program iaitu :- Majlis Perasmian Program pada sebelah pagi dan disusuli Lawatan KeMusiam kesenian Islam dan Lawatan Ke masjid sekitar Kuala Lumpur.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Warisan Negara,Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan MALAYSIA.
Untuk maklumat anda.
ahli-ahli 4B Keramat Jaya sahaja.
Sila rujuk dengan Ketua Belia 4B Keramat Jaya jika terdapat sebarang keraguan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada pihak yang cuba ingin mempergunakan 4B KERAMAT JAYA tanpa kebenaran kami.
Dasar Privasi
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari blog 4B Keramat Jaya kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam Blog ini.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
Dasar Keselamatan
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Hak cipta Blog Keramat Jaya ini dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan 4B Keramat jaya kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian blog ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada 4B Keramat Jaya.
Rabu, 20 Mei 2009
UMNO Keramat Jaya perihatin
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka." (Ar Ra'd: 11)
PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA (ARP)
Program berbentuk perkhemahan telah diadakan pada 16 dan 17 Mei 2009 yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa.
Mesyuarat Umno 4 Peringkat Cawangan Keramat Jaya
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdw8Q4tPI-fUJcs72punz9-UvhelW6ub2ufhPtlKkMcdaoVLB4e8K2PGWwvNz1qoMl3LQdf0W1n0BIIt1svrsFmkbZaM_CnPFNkZNo1H5gagfW2oYqEzaHZCl7pbBAt9eEOi7MojPlH3mV/s400/latest+212.jpg)
Pada 6 Mei 2009, UMNO Cawangan Keramat Jaya telah mengadakan Mesyuarat 4 Peringkat di Pejabat Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Perlis 2.Kehadiran terdiri daripada 3 sayap iaitu Wanita, Pemuda, Puteri dan Cawangan sendiri.
Rabu, 22 April 2009
TEAM BOLA JARING
Selasa, 27 Januari 2009
Gerhana Matahari
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjd9lyf1rdExeGPsiIMB7mqtpQU0BQL_gQHoE2SU7iQRXRIN7bp59OvkKjlLIiabOQDQO3ixeaIlZfeyhZRwiLRKLgBVqhMUdIunq2GIn3KcxZeoHH18pzLN2KjdOoWqi2PN_XtgdJvQeUn/s400/gerhana.jpg)
Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.
Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.
Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.
Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.
Pada 26 Januari 2009 berlaku lagi kekuasaan Allah pada alam ini iaitu fenomena Gerhana Matahari. Waktu berlaku pada waktu 16:20 waktu Malaysia dan berakhir dijangka 19:00. Adalah sebaik-baiknya memulakan solat gerhana matahari berjemaah di surau atau masjid di tempat anda kerana dapat mendengar khutbah yang bakal dibacakan oleh khatib. Hukum khutbah dan solat gerhana adalah sunat muakad(yang dituntut) , jadi meninggalkannya hukumnya makruh(dibenci) tanpa uzur syari'e.